USR Razak School – Adopt A Kampung

Fun

USR Razak School – Adopt A Kampung merupakan program kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan yang mempunyai tujuan, matlamat dan objektif yang akan membawa kebaikan kepada kedua belah pihak. Selain itu, program USR Razak School ini juga merupakan salah satu pencapaian KPI tahunan bagi fakulti UTM Razak School.

Kepentingan program University Social Responsibility (USR) merupakan program yang dapat memberikan sumbangan kepakaran dari ahli-ahli akademik RS (dan juga staf bukan akademik) sebagai salah satu usaha untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Program kemasyarakatan daripada pasukan USR Razak School telah merancang untuk membina sebuah toy library di sebuah sekolah pendalaman dilokasi yang telah terjejas akibat bencana banjir besar di Dabong, Kelantan pada Disember 2014 yang lalu yang juga masih dalam pembangunan semula kawasan yang terjejas.

Pemilihan lokasi pembinaan toy library ini adalah dibuat berdasarkan pemerhatian menerusi projek pertama USR Razak School telah mendapati lokasi ini merupakan lokasi yang turut terkesan teruk daripada bencana banjir besar tersebut. Berikutan bencana alam yang menimpa kawasan Dabong ini, Sekolah Kebangsaan Kuala Geris, yang juga terletak di kawasan pendalaman turut terjejas teruk, malahan berikutan kedudukan lokasinya ini telah menyebabkan bantuan baikpulih sukar diterima secara meluas tidak seperti di lokasi bencana yang lain.

Dengan demikian, pasukan USR Razak School berhasrat memulakan langkah pembinaan toy library sebagai salah satu usaha murni dengan menggunakan sumber kepakaran yang dimiliki untuk diterapkan dan dikongsi bersama dengan masyarakat  demi kemajuan pendidikan anak-anak penduduk setempat.