Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan wawasan universiti sebagai UniversitI Penyelidikan bertaraf antarabangsa. Selaras dengan hasrat ini calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan berikut:-

Jawatan : Penyelia Asrama
Gred     : N17
Taraf Jawatan: Kontrak (Lantikan Tabung UTM Razak School of       Engineering And Advanced Technology)
Lokasi : Kuala Lumpur
Jadual Gaji: Gaji Minimum : RM 928.00 – Gaji Maksimum : RM 3,375
Elaun : Imbuhan Tetap Khidmat Awam  : RM115.00

Imbuhan Tetap Perumahan         : RM300.00

Bantuan Sara Hidup                     : RM300.00

  

SYARAT LANTIKAN           :

 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

  1.  Warganegara Malaysia;
  2.  Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3.  Kelayakan Akademik
    1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
    2. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  4. Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

 

RINGKASAN DESKRIPSI TUGAS            :

  1. Menerima tempahan sewaan ruang dan bilik penginapan Business Centre
  2. Menguruskan proses kemasukan tetamu Business Centre
  3. Memastikan keselesaan tetamu
  4. Bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap sebarang aduan, kerosakan atau kecemasan daripada tetamu termasuk diluar waktu pejabat.
  5. Bertanggungjawab melaporkan kepada bahagian keselamatan sekiranya berlaku kemalangan, atau insiden yang melibatkan keselamatan Business Centre

 

CARA DAN PERATURAN PERMOHONAN:

  1. Pemohon hendaklah menghantar Resume lengkap berserta Salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan yang telah
  2. Sila pastikan maklumat adalah benar, lengkap, tepat dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan dianggap tidak berjaya.
  3. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
  4. Salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan yang ASAL hendaklah dibawa semasa menghadiri temuduga.
  5. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  6. Pemohon perlu mengemukakan dokumen :
    1. Surat permohonan
    2. Resume
    3. Salinan Kad Pengenalan
    4. Salinan sijil akademik
    5. Salinan sijil-sijil lain yang berkaitan
  7. Permohonan boleh dihantar melalui email ke razakschool@utm.my atau pos/hantar ke alamat :

 

Penolong Pendaftar

UTM Razak School of Engineering and Advanced Technology

Aras 7, Menara Razak

UTM Kuala Lumpur

Jalan Sultan Yahya Petra

54100 Kuala Lumpur

 

TARIKH TUTUP : 1 JULAI 2016