Adopt a Kampung

PENGENALAN

Khidmat masyarakat merupakan kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan yang mempunyai tujuan, matlamat dan output yang akan membawa kebaikan kepada kedua belah pihak iaitu kepada pihak yang menyediakan dan pihak masyarakat khususnya.

Kepentingan program University Social Responsibility (USR) merupakan program yang dapat memberikan sumbangan kepakaran dari ahli-ahli akademik RS (dan juga staf bukan akademik) sebagai salah satu usaha untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Di mana, kerjasama di antara masyarakat dan staf akademik dapat:

  1. Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan staf akademik terhadap komuniti yang ada di persekitaran.
  2. Memupuk serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam staf akademik.
  3. Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahiran staf akademik kepada masyarakat dan Negara.
  4. Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain.
  5. Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi.
  6. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
  7. Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan sentiasa ringan tulang membantu orang lain yang memerlukan bantuan.

Program kemasyarakatan daripada pasukan USR Razak School telah merancang untuk membina sebuah toy library di sebuah sekolah pendalaman di lokasi yang telah terjejas akibat bencana banjir besar di Dabong, Kelantan pada Disember 2014 yang lalu yang juga masih dalam pembangunan semula kawasan yang terjejas.

CARTA ORGANISASI

AKTIVITI

VIDEO